Wednesday, October 22, 2008

kAwAn kEraNa tEmaN...
kAsiH kEraNa sAyAng...
ciNtA kEraNa pEraSaaN...
yAnG pEnTinG kiTa FaHaM...
tAnPa TeMan kiTa kEseOrAnGan...
(",(",)
sape2 yang terbaca post nie, baca dengan elok2 dan hayati ape yang tersirat di sebalik kata2 nie...sebelum tue, saya nak wish tq a lot kat insan yang beri kata2 nie kepada saya, memang tersentuh bila bacanya...kata2 nie sedarkan saya lah, tq la kat insan tersebut....
Ada seorang gadis buta, semua orang bencikan dia, kecuali kekasihnya, gadis itu selalu berkata saya akan mengahwini awak kalau saya boleh melihat. 1 hari ada orang dermakan mata kepada gadis itu, bila gadis itu boleh melihat, dia merasa sangat terkejut kerana kekasihnya itu juga buta. kekasihnya berkata sudikah awak mengahwini saya sekarang? gadis itu menolak, kekasihnya senyum dan pergi sambil berkata 'TOLONG JAGA MATA SAYA BAIK2'...

Tuesday, September 23, 2008

Ramadhan yang bakal berlalu...






salam...


Firstly, syukur alhamdulillah kepada Allah s.w.t kerana atas limpah kurniaNya dapat lagi bernafas dalam bumi Allah ini. Ketahuilah bahawa nikmat yang Allah berikan pada kita nie 1 nikmat yang sangat besar untuk sume hamba. Jadi, dengan baki bulan ramadhan yang mulia nie, sama2lah kita rebut peluang untuk mendapat segala keberkatan, keredhaan dan kemuliaan daripada Allah. Kita x tahu lagi pada tahun depan kita akan dapat nikmat yang sama seperti tahun nie ataupun tidak. Saya beri peringatan nie bukan untuk yang lain, tapi sebagai makanan hati saya juga, dan dengan secebis kata2 nie dapat menyedarkan diri kita supaya lebihkan diri kepada Allah. Sekadar ini saja, jumpa di lain hari dan selamat menikmati bulan ramadhan kareem nie dengan penuh kesungguhan...baca2lah, semoga diberkati Allah...



Tuesday, September 9, 2008



alhamdulillah...

ari ni da masuk 10 puasa kan...

agak2 la camne dengan kita nye amalan selama 10 hari nie...

takut rasenye diri nie bila kenangkan balik perkara2 yang telah kita buat dalam hidup nie...

adakah cukup amalan kita pada bulan yang mulia nie untuk nak 'backup' dosa2 kita yang lepas???...lembaran ini ditulis hanya untuk kita bagi peringatan sesama insan...seperti yang kita tau la kan, bulan ini peluang untuk kita semua tebus segala dosa dan menambah bekalan untuk kita bawa ke akhirat sana...insyaAllah dengan cebisan yang x seberapa ini, kita dapat mengingatkan antara satu sama lain....cukup lah sekadar ini, seperti kata prof izzi, renung2kan dan selamat beramal....

Tuesday, September 2, 2008

renungan

Hadis Al-Bara' r.a katanya: Semasa berlaku peperangan Ahzab Rasulullah s.a.w turut sama mengangkut pasir atau tanah bersama-sama kami. Kemudian kami melihat perut baginda telah berlumuran debu dan baginda berkata: وَاللَّهِ لَوْلَا أَنْتَ مَا اهْتَدَيْنَا وَلَا تَصَدَّقْنَا وَلَا صَلَّيْنَا فَأَنْزِلَنْ سَكِينَةً عَلَيْنَا إِنَّ الْأُلَى قَدْ أَبَوْا عَلَيْنَا Yang bermaksud: Ya Allah! Sekiranya Engkau tiada nescaya kami tidak akan mendapat petunjuk. Tidak mungkin kami akan bersedekah dan bersembahyang. Turunkanlah kepada kami suatu ketenangan. Sesungguhnya dari kalangan mereka masih ada yang enggan bersama kami. Mengikut setengah riwayat baginda menyebut: إِنَّ الْمَلَا قَدْ أَبَوْا عَلَيْنَا إِذَا أَرَادُوا فِتْنَةً أَبَيْنَا Yang bermaksud: Sesungguhnya satu kaum enggan bersama kami. Apabila mereka ingin menimbulkan fitnah mereka enggan bersama kami. Baginda mengungkapkan kata-katanya dengan suara yang lantang

hadis ramadhan


Hadis Sahl bin Saad r.a: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Seseorang itu sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka selalu menyegerakan berbuka puasa...


Hadis Zaid bin Thabit r.a katanya: Kami pernah bersahur bersama Rasulullah s.a.w. Setelah itu kami pun mendirikan sembahyang Subuh. Kemudian aku bertanya: Berapakah selang waktu di antara keduanya? Baginda menjawab: Kira-kira bacaan lima puluh ayat...


Hadis Ibnu Mas'ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Janganlah kamu jadikan laungan azan Bilal atau seruan Bilal sebagai pencegah seseorang di antara kamu dari makan sahur kerana laungan azan atau seruan azan Bilal pada malam hari adalah untuk memberi peringatan kepada seseorang dari kamu yang kebetulan masih mendirikan sembahyang malam atau untuk membangunkan kamu dari tidur. Sabda baginda lagi: Janganlah kamu hiraukan ucapan seseorang tentang fajar itu adalah begini, begini sambil baginda membetulkan tangannya kemudian mengangkatnya ke atas dengan mengatakan bahawa fajar ialah begini sambil merenggangkan di antara dua jari baginda...

marhaban ya ramadhan...

jadikan ramadhan kali ini sebagai universiti yang mengajar kuliah2 ibadah, tutorial2 iman, assignment2 taqwa dan amali2 agama...harap kita peroleh ijazah keredhaanNya...