Tuesday, September 2, 2008

renungan

Hadis Al-Bara' r.a katanya: Semasa berlaku peperangan Ahzab Rasulullah s.a.w turut sama mengangkut pasir atau tanah bersama-sama kami. Kemudian kami melihat perut baginda telah berlumuran debu dan baginda berkata: وَاللَّهِ لَوْلَا أَنْتَ مَا اهْتَدَيْنَا وَلَا تَصَدَّقْنَا وَلَا صَلَّيْنَا فَأَنْزِلَنْ سَكِينَةً عَلَيْنَا إِنَّ الْأُلَى قَدْ أَبَوْا عَلَيْنَا Yang bermaksud: Ya Allah! Sekiranya Engkau tiada nescaya kami tidak akan mendapat petunjuk. Tidak mungkin kami akan bersedekah dan bersembahyang. Turunkanlah kepada kami suatu ketenangan. Sesungguhnya dari kalangan mereka masih ada yang enggan bersama kami. Mengikut setengah riwayat baginda menyebut: إِنَّ الْمَلَا قَدْ أَبَوْا عَلَيْنَا إِذَا أَرَادُوا فِتْنَةً أَبَيْنَا Yang bermaksud: Sesungguhnya satu kaum enggan bersama kami. Apabila mereka ingin menimbulkan fitnah mereka enggan bersama kami. Baginda mengungkapkan kata-katanya dengan suara yang lantang

No comments: